Friday, January 20, 2012

Nothing

Penghujung jumaat yang agak membosankan dan kemalasan yang melampau. Aku sebenarnya nak beremosi pagi nih. Tapi takde irigan muzik yang boleh membantu aku. So, idea tu terbantut macam tu jer.

Lately ni aku selalu bukak balik novel-novel yang aku beli dulu. Tak sangka, aku banyak mengumpul novel satu ketika dulu. Aku baru habis baca novel Ombak Rindu, Bicara hati dan yang latest aku bace Saat Cinta Bersemi. So, banyak lagi buku yang aku ada.

Aku baru lepas makan. Yang menariknya dah bertahun aku tak makan nasi Hujan Panas. Agak sedap. Ke aku yang lapar.

Jumpe lagi di lain waktu. BYE


-latest emylyn-


p/s : entry dikala aku boring.


Dari AKU,

Sunday, January 15, 2012

Ringgit Malaysia


Gaji dah masuk. Awal. Dalam seronok dapat gaji awal tapi takut jugak terhabis awal. Jom Shopping!!


Dari AKU,

Friday, January 13, 2012

Kesakitan 2012

Kesakitan yang dah lama tak rasa. Mula-mula buat cool. Buat biasa. Tapi tak mampu. Terpaksa bagitau kat budak-budak nih.

"Akak sakit perot lah"

Masa tu aku dah rasa nak deman. Tangan dah sejuk. Nak makan pun dah tak lalu. Bertahan sampai kawan-kawan opis aku makan. Dam!! Aku tak mampu nak berdiri. Rasa nak menangis. Tapi tak kan nak nangis depan dieorang pulak.

Lepas makan, Jason offer nak bawak kereta. So, pendekkan cerita, sampai klinik aku terus muntah-muntah. Lagi parah bila doctor tu bagitahu yang aku kena apendik. Mak datok. Panik. Takot. Mengelabah. Rasa nak nangis. Surat cinta suruh aku pergi Hospital Serdang dah kat tangan.

Lagi sekali Jason tolong hantarkan. Terima kasih banyak-banyak.

Hospital Serdang. Tiada pilihan sebab masa tu aku tengah sakit. Apa jenis hospital yang doctor panel tu bagi aku angguk je dari die terus gembira menekan-nekan perot aku yang tengah macam nak putus 100 urat. Sakit sangat.

Tak mampu nak berkata-kata pasal hospital ni. Dah menunggu setengah jam baru nama kena panggil untuk dicek oleh nurse. Amik air kencing. Cek aku deman ke tak. Tanya skala kesakitan aku dari 1 ke 10. Aduh, rasa nak sepak je. Pastu dok tanya aku sakit apa.

Dah terang-terang kat surat tu tulis:
Abdomen pain
Muntah-muntah
Deman –temp aku tinggi
Dan bla bla bla

Lepas nurse check, kene daftar balik untuk jumpe doctor. Ah gile. Dipendekkan lagi cerita, aku sampai kul 2.30 petang. Aku jumpe doctor pukul 4.30 petang. Pukul 5 baru dapat result. Pukul 5.30 aku hanya dapat ubat tapi die bagi aku panadol je.

Doctor kata: Saya TAK PASTI kamu ada apendik atau tidak!!! OMG. So aku balik dengan gembira tak payah kene operate, tak payah kene duduk wad. Tapi yang tak besnya aku kena tanggung sakit tu dalam tempoh yang lama.

p/s: waiting for next check up


Dari AKU,

Tuesday, January 3, 2012

HAI 2012

BYE BYE 2011.

Terpalit hanya kepahitan di awalnye. Terduduk, tersadung, terdampar dan akhirnya disudahi dengan kesedihan dan kesakitan. Tapi aku gagahkan hati, kuatkan jiwa kenangkan keluarga, dan aku harus bangkit. Bangkit seboleh-bolehnya. Berjuang sehabis mungkin. Aku mengadu, aku menangis hanya padaNya. Alhamdullilah, aku temui kebahagian. Bahagia dipenghujung tahun 2011.

Selamat datang 2012.

Pinta aku hanya kebahagian yang hakiki. Aku tak sanggup nak sakit lagi. Betol tak sanggup. Ya Allah, lindungilah aku. AMIN. Berilah apa yang sedang aku impikan. AMIN. Ampunkan segala dosa-dosaku maupun dosa kedua orang tuaku, keluargaku. AMIN. Murahkanlah rezekiku. AMIN





Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..