Thursday, April 28, 2011

Akhirnya aku BERHIJRAH

Salam buat kawan-kawan yang setia mendoakan aku. Terharu gile la ade kawan macam korang nih. Memang rindu macam dihiris-hiris belati tajam kat blog nih. Bile aku mule nak sign in tadi, boleh pulak terlupe password dengan id. Betol dah bebal agaknye otak aku nih ha. Nasib baik bebal kejap je. Huhuhu..

Now, Totally sembuh dari batuk dan selseme. Alhamdulillah.

Masih mencari dan terus mencari. Susah nak cari kerja sekarang nih. Kadang-kadang tu dah rase malas nak pikir. Erm, baru-baru ni ada pergi interbiu kat Bukit Jalil. Kalau ade rezeki pasti tak ke mana. Bak kate kawan aku, semuanya dah tertulis di tangan takdir. Soalnyer, harus kah terus menyerah pada takdir? Ceh, terlebih emosi lak. PMS mood la kate kan. Hahaha..

Now, dah sebulan aku pindah dari Shah Alam. Kalau nak kira dengan jari dah lebih dari 10 tahun aku menjadi penghuni kat Shah Alam. Dah macam-macam kenangan pahit, manis, kelat, kusut, masai dah macam-macam lah. Memang sedih. Kalau nak ditanya apa sebab aku pergi padahal Shah Alam tu kira tempat paling aku nak tinggal. Sebabnya hanya satu. Bukan sebab aku dah jadi penganggur, bukan hanya kerana masalah kewangan tapi hanya kerana aku maukan satu penghidupan yang baru. Aku nak berhijrah.

HIJRAH yang memang aku mengharapkan seribu kenikmatan, hikmah yang berpanjangan, rahmat yang berlimpahan. InsyaAllah. Bantu aku YA ALLAH. Amin


Dari AKU,

11 comments:

Encik MamaT said...

semoga berjaya pija... aku pun berhijrah.. berhijrah kepada yang lebih baik...

aku tau ko tabah :)

Prince Halilintar said...

kalau hijrah tu lbh membawa kebaikan..eloklah berhijrah..sunnah jgk tu kan..alhamdulillah, dah sembuh dari batuk dan selsema..

Suara Kalbu said...

Salam Pija..

Lama tak dengar berita dari awak. Apapun yang sedang awak lalui, harap awak akan terus tabah. Semoga cepat dapat kerja baru ya.

bersama kak Es said...

datang berjalan2 menambahkan koleksi senarai blog utk di blogwalking bila free

Misty Melor said...

selamat berhijrah cik pija... moga diberkati penghijrahan kamu :)

Lydia Miza said...

selamat berhijrah pija..rindu sgt2 kat pija.amboiii pswd pun lupa ke?jgn la sampai lupa2 ni..update lah walau 3 ayat yek

Qaseh Dalia said...

SEMOGA HIJRAH SIS KALI NI MENDAPAT KETENANGAN

ghost said...

berhijrah lah kalau mau merasakan kehidupan yang baru.

semoga penghijrahan ini memberi lebih banyak pengalaman dalam hidup Pija.

Bidadari Syurga said...

kalau penghijarahan itu bisa melegakan kekusutann yg bersimpul.. eloklah diusahakan... moga tak bertambah simpulannya...

^pasu bunga^ said...

semoga hari ini lebih baik dari semalam dan diharapkan hari esok lebih baik dari hari ini~~

^pasu bunga^ said...

jauh perjalanan luas pengetahuan..bertambah pengalaman~~






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..